Tanah Runtuh timpa rumah anak-anak yatim di Hulu Langat

Kalau ditengokkan, betapa dekatnya curam tu dengan rumah…..

Struktur tanah lemah – JKR

KUALA LUMPUR 23 Mei – Hujan lebat luar biasa selama tiga hari mengakibatkan struktur tanah menjadi lemah hingga membawa kepada berlakunya kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, pada Sabtu lepas yang mengorbankan 16 nyawa.

Pengarah Kanan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Ir. Ashaari Mohamad (gambar) berkata, berdasarkan data taburan hujan yang diperoleh untuk tiga hari, sejumlah 29 milimeter (mm) hujan turun di kawasan itu pada Khamis, diikuti 41 mm pada hari berikutnya dan meningkat mendadak kepada 80 mm pada hari kejadian.

“Jumlah hujan yang turun pada hari kejadian adalah luar biasa sebab jumlah normal adalah sekitar 20 milimeter.

‘‘Apabila hujan turun dan meresap ke dalam tanah ia telah menyebabkan struktur tanah menjadi lemah dan boleh runtuh pada bila-bila masa,” katanya ketika menyampaikan taklimat pada majlis penyampaian sumbangan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada mangsa tragedi tanah runtuh itu di Hulu Langat, dekat sini hari ini.

Related posts:

Share
This entry was posted in Isu Semasa. Bookmark the permalink.
You are not authorized to see this part
Please, insert a valid App ID, otherwise your plugin won't work correctly.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>