Kerajaan Negeri Sarawak bayar bonus 2011 penjawat awam pertengahan bulan Ogos

KUCHING: Sarawak akan membayar bonus kepada penjawat awam di semua jabatan kerajaan negeri menjelang pertengahan bulan ini.

Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh berkata cadangan pemberian bonus yang dibincangkan dalam mesyuarat kabinet itu semalam telah diluluskan.

“Sama seperti kerajaan persekutuan, kita akan bayar bonus kepada penjawat awam kita.

“Sehubungan itu kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM14 juta dan ia dijangka akan dibayar pada per-tengahan bulan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Kabinet Negeri yang dipengerusi-kan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Katanya jumlah yang diberikan mungkin lebih kurang sama dengan yang dibayar kerajaan persekutuan iaitu sama ada setengah bulan gaji atau tidak kurang daripada RM500.

Sebelum Sarawak, lima kerajaan negeri yang turut mengumumkan bayaran bonus kepada penjawat awam mereka iialah Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan.

Bernama semalam dipetik sebagai berkata lima kerajaan negeri itu merupakan negeri yang mengumumkan keputusan untuk mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan kepada penjawat awam pada bulan ini.

Sementara itu pada Isnin lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 pada sekitar pertengahan bulan ini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion, katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas itu dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

-sumber: Borneo Post

Related posts:

Share
This entry was posted in Isu Semasa. Bookmark the permalink.
You are not authorized to see this part
Please, insert a valid App ID, otherwise your plugin won't work correctly.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>