Cuti tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri dan Hari Merdeka…cuti bonus bagi warga Sarawak

KUCHING, 22 Julai (Bernama) — Sarawak mengisytiharkan hari cuti am tambahan, sama ada pada 1 atau 2 Sept ini berikutan Aidilfitri dan Hari Kebangsaan dijangka disambut serentak pada bulan depan.

Pangarah Unit Perhubungan Awam dan Korporat Jabatan Ketua Menteri, Bakrie Zaini berkata sekiranya Aidilfitri disambut pada 30 Ogos, hari raya kedua ialah pada 31 Ogos yang merupakan Hari Kebangsaan, maka 1 Sept akan menjadi hari cuti am tambahan.

“2 Sept akan menjadi hari cuti am tambahan sekiranya Aidifitri disambut pada 31 Ogos kerana 1 Sept (hari raya kedua) juga hari cuti am,” katanya pada sidang akhbar di sini Jumaat.

Bakrie berkata pengumuman hari cuti am tambahan itu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan orang ramai, pekerja sektor swasta dan penjawat awam.

Beliau berkata sambutan ulang tahun ke-90 Yang Dipertua Negeri Sarawak pula diputuskan disambut pada 24 Sept.

“24 Sept juga ialah hari cuti am,” katanya dan menurutnya seminggu sebelum itu juga terdapat hari cuti am iaitu pada 16 Sept bagi sambutan Hari Malaysia.

Bermula minggu depan, katanya banyak aktiviti telah disusun di Sarawak sempena sambutan Hari Kebangsaan, Ramadan dan Aidilfitri.

“Buat permulaan pada 27 Julai, kempen Kibar Jalur Gemilang akan dilancarkan serentak di bandar-bandar utama di Sarawak,” katanya.

Pada 31 Julai, Sarawak akan menyambut Hari Pahlawan di kompleks Dewan Undangan Negeri yang lama.

Katanya pada 18 Ogos akan diadakan Majlis Berbuka Puasa 1Malaysia di Masjid Jamek di sini dan majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Merdeka akan diadakan di Stadium Tertutup Negeri pada hari raya pertama.

– BERNAMA

Related posts:

Share
This entry was posted in Isu Semasa. Bookmark the permalink.
You are not authorized to see this part
Please, insert a valid App ID, otherwise your plugin won't work correctly.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>