Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011 – Keselamatan penting…servis kereta…kunci rumah betul2.

Seminggu terakhir bekerja, aku dah hilang mood nak kerja. Kat kepala asyik nak balik ke kampung je…..seminggu awal tu jugak aku dah pergi servis kete….replace mana yang perlu…..yang penting UTAMAKAN KESELAMATAN!

Beberapa tips nak kongsi sebelum balik beraya ke kampung….

KERETA

Periksa penapis udara

Ia biasanya terletak pada bahagian atas karburetor kenderaan.

Keluarkan penapis udara dari kotaknya dan lihat adakah ia kotor atau bersih. Untuk mengujinya, ketuk ke lantai adakah terdapat habuk atau debu yang jatuh.

Penapis berkenaan berfungsi membekalkan udara bersih terhadap kenderaan apabila enjin dihidupkan. Jika terlalu kotor, ia memberi kesan terhadap prestasi enjin.

Periksa minyak brek

Lakukan pemeriksaan takat minyak brek. Pemeriksaan ini mudah kerana bekas minyak brek lutsinar dan mudah mengesan kekurangan minyak brek. Pastikan anda menambah minyak brek yang betul.

Takat berkenaan boleh dilihat pada bahagian tepi bekas minyak brek.

Periksa cecair penyejuk ‘coolant’

Ia adalah cecair yang berfungsi menyejukkan air di bahagian radiator. Buka penutup radiator dan periksa warnanya.

Biasanya ia berwarna hijau. Sekiranya warna bertukar keruh atau berkarat, bermakna radiator anda mula berkarat dan air perlu ditukar. Jangan menukar cecair itu ketika enjin masih panas atau sedang dihidupkan.

Periksa minyak ‘power steering’ (Kalau yang guna electric tu, xyah ler check)

Minyak ‘power steering’ perlu diperiksa dengan memerhatikan takat minyak itu. Ini untuk mengelakkan minyak itu kering yang boleh memberi kesan terhadap sistem ‘steering’ kenderaan.

Periksa minyak gear (ini penting gak…agar poket x burst jangka panjang)

Jika kenderaan anda menggunakan transmisi automatik, anda juga perlu memeriksa minyaknya.

Pemeriksaan berkenaan boleh dilakukan sendiri oleh pemilik kenderaan. Ia adalah untuk mengelakkan berlakunya kebocoran.

Periksa cecair pencuci cermin

Ia antara cecair yang perlu diperiksa pemilik kenderaan. Ia berfungsi membersihkan cermin hadapan dan belakang kenderaan jika pandangan terhalang oleh kotoran.

Air berkenaan membantu anda apabila mengalami masalah untuk mengisi air pada bahagian radiator.

Periksa takat minyak hitam

Sebelum memulakan perjalanan, periksa takat minyak hitam kenderaan untuk mengelak kenderaan kekurangan minyak hitam akibat kebocoran atau nat bahagian bawahnya tidak diikat kemas.

Periksa tekanan tayar kenderaan anda

Tekanan tayar kenderaan anda haruslah sentiasa diperiksa. Selain itu, lakukan juga pemeriksaan tekanan angin tayar simpanan supaya ia dapat digunakan jika tayar pancit di dalam perjalanan.

*Jangan dok tersadai nanti baru nak menyesal!

Haaa…kalau dah selamat kereta, baru la balik ke kampung dengan hati senang!

TUNGUUUU………………

Kete je check…rumah? Kang balik ke bandar xder tempat nak tinggal pulak!

Untuk rumah, kene check gak keselamatan rumah yang ditinggalkan, saya share tips2nya;

RUMAH

• Berbaik-baiklah dengan jiran. Beritahu jiran anda berapa lama anda akan meninggalkan rumah. Bertukarlah nombor telefon. Berikan kunci pendua kepada kawan atau jiran yang dipercayai. Minta mereka mengawasi atau meninjau keselamatan rumah sepanjang ketiadaan anda.

• Untuk keselamatan tambahan, sesetengah Balai Polis atau Pusat Rukun Tetangga juga menggalakkan anda melaporkan kepada mereka sebelum meninggalkan rumah.

• Pasangkan lampu halaman atau lampu keselamatan untuk mengelirukan penceroboh. Sebaik-baiknya gunakan lampu automatik yang boleh dinyalakan bila hari gelap. Buka sedikit langsir pintu dan tingkap supaya kelihatan seperti ada orang di rumah.

• Tangguhkan sementara langganan akhbar, roti dsb. Longgokan akhbar atau bungkusan makanan di halaman atau di pintu pagar menandakan rumah tiada penghuni. Juga, jangan lupa bawa masuk semua pakaian di jemuran. Kasut, selipar dan sebagainya lebih baik dibiarkan berselerak supaya kelihatan seperti ada orang di rumah.

• Jika rumah anda mempunyai lebih dari satu kereta, kereta kedua boleh digunakan untuk mengelirukan penceroboh. Bagaimanapun, pastikan ia ditinggalkan dalam keadaan berkunci, termasuk kunci stereng/gear.

• Tanggalkan talian telefon rumah untuk mengelakkan telefon berdering tidak dijawab. Sebaik-baiknya sediakan peti pesanan suara tetapi jangan sekali-kali memberitahu anda tiada di rumah.

• Simpan atau sembunyikan semua barang berharga di tempat yang selamat. Sebaik-baiknya jangan tinggalkan barang-barang kemas atau wang tunai.

• Tanggalkan paip gas dari dapur. Padamkan sebarang pelita, lilin, lampu minyak, ubat nyamuk dan sebagainya.

• Tutup semua suis dan palam elektrik yang tidak diperlukan

• Sebelum meninggalkan rumah, pastikan semua pintu, tingkap, jeriji dan pagar dikunci. Periksa dua kali atau lebih, supaya anda dapat meninggalkan rumah dengan hati yang tenang dan yakin.

Haaa…..dah selamat semuanya…..jom kita balik kampung!

Related posts:

Share
This entry was posted in Personal. Bookmark the permalink.
You are not authorized to see this part
Please, insert a valid App ID, otherwise your plugin won't work correctly.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>