Balik ke Kampung Rajang, Mukah…dulu hanya jalan laut…kini jalan darat…jom explore!

Aku berasal dari Sarikei, kerja di Kuching tapi kampung aku tetap Kampung Rajang…hehe.

Setiap kali perayaan atau cuti panjang, aku akan balik ke kampung…menggunakan jalan darat. Best ooo….dengan kehijauan sekelilingnya…lagi-lagi kalau musim buah-buahan…

Kampung Rajang (Rejang) terletak di muara Sungai Rajang…kini boleh dihubungi melalui jalan darat. Jika dulu hanya boleh menggunakan bot ekspress dan speed boat, sekarang mudah je. Dah mudah, mereka yang merantau di seluruh dunia tu jangan la pula lupa asal usul…balik lah ke Kampung Rajang ketika cuti dan perayaan.

Kampung Rajang terkenal dengan aktiviti perikanan oleh nelayan tempatan…dengan pemandangan bot nelayan dan hiruk pikuk ombak menghempas pantai….kini Kampung Rajang semakin popular dengan aktiviti penternakan sarang burung walit….

Kampung Rajang terletak berhampiran dengan 2 kampung lain iaitu Jerijih dan Belawai. Dihubungkan ke Sibu dan Sarikei melalui Tanjung Manis yang merupakan pelabuhan laut dalam yang mula meningkat naik oleh pembangunan Hab Halal Tanjung Manis.

Related posts:

Share
This entry was posted in Personal. Bookmark the permalink.
You are not authorized to see this part
Please, insert a valid App ID, otherwise your plugin won't work correctly.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>