Seksualiti Merdeka 2011? Pesta Homoseksual.. Gay.. Lesbian.. di Malaysia?

seksualiti merdeka 2011... pesta seks songsang

Dah terang-terang Pesta Seksualiti Merdeka 2011 ini amat bertentangan dengan norma budaya segenap lapisan masyarakat yang wujud di Malaysia. Tanyalah rakyat Malaysia yang beragama Islam, Buddha, Hindu bahkan Kristian sekalipun melarang hubungan sejenis mahupun ‘kemerdekaan gender’ yang penganjur Pesta Seksualiti Merdeka mahukan sekarang.

 

Semuanya sekarang nak rasa hidup bebas tanpa sekatan dan pegangan agama. Tetapi ingatlah kalau nak juga hidup dengan bebas tanpa sekatan akhirnya nanti pasti jadi hidangan. Tuhan kalau nak laknat, bukan mereka-mereka yang menganjurkan ini mendapat bahana, kami-kami yang disekitarnya turut akan “terkena tempiasnya”.

Apa sebenarnya halatuju Pesta Seksualiti Merdeka 2011 ini?

  • Mengenegahkan  hak golongan homoseksual agar boleh diterima dalam kalangan masyarakat negara sebagai suatu kebebasan dan hak peribadi.
  • Menyokong dan memperkasa (empower) golongan lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT) kerana mereka mendakwa Malaysia mengamalkan diskriminasi ke atas golongan tersebut
  • Program Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya Queer Without Fear yang berlangsung 1 November 2011 hingga 13 November 2011 di The Annaxe Gallery
Rupanya program Seksualiti Merdeka 2011 telah diadakan setiap tahun, bermula dari tahun 2008 lagi. Maknanya, Pesta Seksualiti Merdeka dah masuk tahun keempat tahun ini. Persoalannya sekarang, bagaimana program Seksualiti Merdeka ”berjaya” mendapat kelulusan sebelum-sebelum ini? Sekarang baru tak boleh? Adakah selama ini program tersebut tak cukup “panas’?
  • Buatlah Program Seksualiti Merdeka ini sepuluh tahun sekali ka, setahun sekali ka
  • Yang haram tetap haram
  • Ia tetap tidak akan mengubah hukumNya hanya di atas nama “kebebasan”. Kebebasan yang ada, ada hadnya. Apatah lagi melanggar fitrah kejadian manusia.
Sepatutnya golongan ini memberikan ruang untuk orang mengubati mereka. Ini tidak, mahu menambahkan lagi masalah lain. Bukannya menerima perlanggaran undang-undang Islam sebagai hak. Ini penyelesaian yang sebenarnya yang dimahukan rakyat Malaysia. Nak tunggu bumi ini dilaknatNya, baru kita sebagai penghuninya nak berpijak di bumi yang nyata?
  • Kenapa nak canang satu Malaysia  identiti mereka kepada umum?
  • Beriya-iya nak beritahu mereka adalah gay/lesbian, kenapa?
  • Katanya mereka sekarang dijajah, didikriminasi di Malaysia. Betulkah begitu? Atau mereka semua ini memberikan ruang dan peluang fikiran mereka dijajah oleh pemikiran ‘kuning’ budaya barat yang sebelum ini tidak pernah digembar-gemburkan di rantau Asia ini

*Macam mana lah Majlis Peguam boleh menyokong Program Seksualiti Merdeka 2011 sedangkan masih banyak lagi isu moral di kalangan masyarakat yang boleh diketengahkan???

*Macam mana lah Ambiga tu masih berleluasa…tunggu je titah Yang DiPertuan Agung untuk tangkap dia….menggugat keamanan Malaysia sebagai negara Islam.

Related posts:

Share
This entry was posted in Isu Semasa. Bookmark the permalink.
You are not authorized to see this part
Please, insert a valid App ID, otherwise your plugin won't work correctly.

One Response to Seksualiti Merdeka 2011? Pesta Homoseksual.. Gay.. Lesbian.. di Malaysia?

  1. temakol says:

    ambiga sibuk nak bela mereka…macam mana kalau anak dia sendiri yg jadi camtu…bukankah mereka itu perlu dikaunseling dan ditarbiah??? apa nak jagi la si ambiga itu…tiada agama ka? undang2 itu cuma ciptaan manusia…asyik nak mengangkat hak kemanusiaan….sedangkan hak kemanusiaan majoriti kena tengok jugak! bukan mereka tu yang sepatutnya dibela…sepatutnya mereka dikembalikan ke jalan asal yang benar….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>