Melayu hilang kuasa… Melayu terpinggir di Tanah Melayu sendiri…

Kita dah 54 tahun merdeka… tetapi penguasaan Melayu dalam segenap aspek di negaranya sendiri kurang… maksud saya penguasaan rakyat Melayu itu sendiri…

Lihat saja bahasanya… terumbang ambing… sekejap diwajibkan di sekolah…sekejap tidak… tiada ketetapan untuk semua media massa memasukkan elemen Bahasa Melayu ke dalam program. Sekejap baku…sekejap tidak… BM perlu diangkat dan dijulang sebagai bahasa tertinggi baru bahasa itu akan berkembang seiring intelektual warganya… tidaklah nanti anak cucu kita tertanya-tanya “Apa perkataan ni dalam Bahasa Melayu?”

Jika kita lihat… dari sejak baru merdeka… Melayu hanya petani, nelayan… dengan pendapatan berapa kerat sahaja… berbekalkan tanah sekangkang kera… perahu yang uzur… adakah penguasaan Melayu semakin bertambah??? Dari sekangkang kera ke berhektar-hektar? Dari perahu kayu ke tongkang besar?

Yang kita lihat, berjaya Melayu hanya kerana organisasi….bukan rakyat! Kita ada PNB… Khazanah Nasional… Proton…dan banyak lagi tapi bagaimana orang Melayunya sendiri? Yang berjaya itu hanya syarikatnya… bukan bangsanya….itu pun kerana kepentingan ‘masyuk’ sendiri. Melayu(rakyat) sendiri masih merempat di tgh bandar… miskin tegar… rakyat mengikat perut untuk menongkah kehidupan di kota… sedangkan organisasi Melayu kononnya Melayu ini membantu? Berapa kerat sahaja bantuan dihulur? Dihulur pun hanya kepada kroni… Kalau ada bantuan pun, ketirisannya tinggi… ada pulak pencukai tidak bertauliah memotong dan mengambil untung atas bantuan itu.

Aku tengok dari segi pendidikan… betapa Melayu itu semakin banyak yang bergelar graduan… tetapi apa nilai graduan mereka? Mendapat segulung ijazah bersama sebuah hutang daripada PTPTN. PAKEJ ke ni? Ini memberi impak kepada kehidupan sosial generasi baru. PM…tolong la lihat kepada perkara ini dengan serius. Apabila mula bekerja (tu pun kalau dapat kerja… ekonomi sekarang dh dikuasai bukan Melayu), gaji ciput jer. Kos kehidupan dengan kenaikan harga barangan keperluan… kos rumah yang semakin menjulang tinggi… dan satu lagi KEPERLUAN (yang dahulunya kehendak)…kereta yang harganya terlalu mahal dan tidak setimpal (merujuk kepada kereta nasional)… tetapi dikaburi oleh kereta import yang jauh lebih berkualiti tetapi cukai dikenakan….mak oiii…. hampir berganda-ganda tu…. harga tidak lagi menggambarkan keadaaan sebenar…nilai sebenar… taraf hidup sebenar sedangkan taraf hidup di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak ni bukannya tinggi pun!!! Saya hairan…kenapa kerajaan nak PTPTN juga yang memonopoli pinjaman pendidikan ini…sedangkan bantuan dapat disalurkan kepada bank2….Yayasan negeri masing2…yang kebanyakannya tidak mengenakan faedah kerana mereka tahu mengurus kewangan mereka….tahu OBJEKTIF penubuhan mereka…bukan untuk menjadi bebanan kepada rakyat generasi muda. Bukankah lebih kos efektif penyaluran itu dibuat melalui Yayasan Negeri??? TIDAK PERLU KOS OPERASI 4% PTPTN!

jurang semakin membesar...

Aku juga bingung melihat kemajuan sosial orang Melayu… bagi mereka maju… ingin kehidupan sosial seperti US….UK… sedangkan kita ini ada adat dan budayanya. Pemikiran kita telah dibentuk secara kita sedar ataupun x sedar… oleh anasir2 luar… mereka masuk melalui media massa termasuklah tv, radio, majalah, akhbar….dan INTERNET!

Aku sebagai rakyat biasa… sekadar melahirkan kegusaran…masa depan negara… Melayu ini. Sekadar nukilan saya yang cintakan negara…

Dalam angan aku… suatu hari kelak, Yang DiPertuan Agong akan turun mencemar duli…meneliti masalah rakyatnya…di segenap negerinya…dan mengarahkan jentera pentadbiran kerajaan untuk melaksanakan titah perintah dari Sultan. Bukankah sepatutnya begitu??? Sultan bukan dijadikan hanya simbol dan menjaga hal-ehwal Melayu sahaja…malah dari segi ekonominya…sosialnya…terangkum bersama.

Daulat Tuanku……

Dirgahayu Yang DiPertua…..

 

Related posts:

Share
This entry was posted in Personal. Bookmark the permalink.
You are not authorized to see this part
Please, insert a valid App ID, otherwise your plugin won't work correctly.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>