Suspek kes buang bayi ditahan polis, Kuching.

KUCHING: Seorang remaja perempuan ditahan polis semalam berhubung kes buang bayi di sebuah stesen minyak di Jalan Astana, baru-baru ini.

Remaja berusia 18 tahun dan bekerja di sebuah pasar raya itu, ditahan di rumahnya di kawasan Demak ekoran maklumat yang diterima daripada orang awam.

Meskipun pada mulanya dia menafikan bahawa dia adalah individu yang bertanggungjawab, remaja itu mula membongkar perbuatannya selepas disoal siasat oleh polis.

Menurut sumber, gadis berbadan gempal itu berjaya menyembunyikan kandungan dan melahirkan bayi daripada pengetahuan ibu bapanya.

Ibu bapanya hanya mengetahui perkara berkenaan sejurus polis tiba di rumah mereka.

Bapa kepada bayi itu yang dikatakan rakan sekerja remaja terbabit kini tidak diketahui di mana berada.

Gadis itu dikatakan melahirkan bayi di tandas rumahnya sekitar tengah hari pada Selasa lalu selepas mengalami sakit perut.

Dia kemudian membersihkan bayi perempuan yang baru lahir itu dan meletakkannya dalam beg tangan besar sebelum menghubungi rakan wanitanya untuk menjemput dia dari rumah atas alasan keluar rumah.

Semasa di dalam kereta, rakannya yang tidak menyedari kehadiran bayi dalam beg tangan, telah diberitahu untuk berhenti di stesen minyak, di mana dia didakwa membuang bayi tersebut.

Sementara itu, remaja berkenaan telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan perubatan.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mun Kock Keong semalam mengesahkan bahawa penangkapan telah dibuat berhubung insiden itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan sama ada remaja itu ibu kepada bayi terbabit dan menegaskan bahawa polis masih menyiasat insiden itu.

Kes diklasifikasikan sebagai kes buang bayi di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

-Borneo Post

Related posts:

Share
This entry was posted in Isu Semasa. Bookmark the permalink.
You are not authorized to see this part
Please, insert a valid App ID, otherwise your plugin won't work correctly.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>