Jalan Trans Borneo Kuching-Serian-Sri Aman Terputus Akibat Tanah Runtuh di KM77 Serian-Sri Aman

SERIAN 29 Dis. – Jalan Trans Borneo masih ditutup kepada semua kenderaan ekoran kejadian tanah runtuh di Km 78 Jalan Serian-Sri Aman, manakala kerja membina jalan sementara masih diteruskan.
Ketua Polis Daerah Serian DSP Mohamad Jamali Umi ketika dihubungi, berkata orang ramai yang mahu ke Sri Aman atau ke Kuching boleh menggunakan Jalan Slabi di Km 62 Jalan Serian untuk ke Km 80 Jalan Serian-Sri Aman.
“Anggota polis telahpun ditempatkan di simpang Jalan Slabi dan pengguna jalan raya boleh menggunakan jalan alternatif yang boleh dilalui semua jenis kenderaan itu dan jalan adalah berturap sepanjang 15 kilometer,” katanya.
Beliau berkata pada masa ini kerja membina jalan sementara bersebelahan jalan yang runtuh itu masih diteruskan oleh Jabatan Kerja Raya.

Related posts:

Share
This entry was posted in Isu Semasa. Bookmark the permalink.
You are not authorized to see this part
Please, insert a valid App ID, otherwise your plugin won't work correctly.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>