Didakwa kerana membantu menerima deposit orang awam

Tiga didakwa bantu syarikat terima deposit haram

KUALA LUMPUR 9 Jun – Dua penganggur dan seorang pembantu kerani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan membantu sebuah syarikat pelaburan rumpai laut menerima deposit kira-kira RM200 juta daripada orang awam tanpa lesen.

Soo Ha @ Lee Poh Kuen, 63; Wong Gan Meng, 51, dan Choi Yuet Yee, 39, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Datuk Baljit Singh Bant Singh selepas pertuduhan terhadap mereka selesai dibacakan dalam dialek Mandarin.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa membantu pengurusan syarikat AK United Sdn. Bhd. (AK United) menerima deposit haram daripada orang awam tanpa lesen yang sah di antara Oktober 2007 dan November 2008 di Tingkat 2 & 4, Wisma Dinari, Jalan Jejaka 4, Taman Maluri di sini.

Hasil siasatan menunjukkan, dalam tempoh tersebut, syarikat terbabit telah menerima deposit haram kira-kira RM200 juta.

Pertuduhan ke atas kesemua tertuduh dibuat mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA) 1989 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM10 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh dua pegawai pendakwa dari Bank Negara, Alvin Ong Heng Kiat dan Mohd. Shukri Ahmad Mansor manakala kesemua tertuduh diwakili peguam-peguam bela, Gurmukh Singh dan M. Edmund.

Heng Kiat mencadangkan setiap tertuduh diikat jamin RM1 juta beserta dua orang penjamin dengan salah seorang daripadanya adalah ahli keluarga.

Beliau turut memohon agar segala dokumen perjalanan diserahkan kepada mahkamah dan ketiga-tiga tertuduh dibicarakan bersama.

Kedua-dua peguam bela bagaimanapun membantah nilai RM1 juta itu memandangkan Poh Kuen dan Gan Meng adalah penganggur menakala Yuet Yee kini hanya bekerja sebagai pembantu kerani.

Mereka turut memaklumkan bahawa anak-anak guam mereka; berdasarkan pertuduhan, hanyalah pembantu dan tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam AK United.

Sebaliknya, pengarah syarikat terbabit yang memainkan peranan penting dan abang kepada Yuet Yee masih belum ditahan.

Selepas mempertimbangkan hujah dan rayuan kedua-dua pihak, Baljit membenarkan kesemua tertuduh dijamin sebanyak RM50,000 setiap seorang dengan dua penjamin dan dokumen perjalanan masing-masing diserahkan kepada mahkamah.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 8 Ogos ini.
-sumber; utusan.com.my

Berhati-2…sekarang ni diaorang pun byk mengumpul deposit berselindungkan MLM….bagi yang menjadi downline tu…hati2 la…

Related posts:

Share
This entry was posted in Isu Semasa. Bookmark the permalink.
You are not authorized to see this part
Please, insert a valid App ID, otherwise your plugin won't work correctly.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>