Tips membeli minyak wangi

Berikut merupakan beberapa tips yang anda boleh cuba:

1. Cuba minyak wangi pada waktu tengah hari

Jika anda ingin membeli minyak wangi, dicadangkan anda mencuba minyak wangi pada waktu tengah hari. Ini kerana deria bau kita berada pada kemuncak pada waktu ini. Dengan ini anda dapat memilih minyak wangi yang tepat dan sesuai dengan anda.

2. Ketahui bau kegemaran anda

Jurujual minyak wangi mempunyai pengalaman tentang jenis-jenis minyak wangi dan mereka mampu memberi cadangan berdasarkan kegemaran anda. Jika anda sukakan bau buah-buahan, beritahu kepada jurujal mengenai kegemaran anda tersebut. Untuk lebih detail lagi beritahu jenis buah yang anda suka seperti oren, strawberry dan sebagainya (maaf perfume bau durian belum ada di pasaran). Mereka akan mencadangkan minyak wangi yang sesuai dengan anda.

3. Jangan cuba terlalu banyak mintak wangi

Hidung anda tidak boleh menilai bau minyak wangi dengan menghidu terlalu banyak wangian. Bagi mengelakkan anda menyesal tersalah pilih minyak wangi yang tidak sesuai, hadkan mencuba dua atau tiga minyak wangi sahaja. Daripada tiga itu pilih satu minyak wangi yang anda rasa sesuai dengan anda.

4. Jangan gopoh membeli minyak wangi

Sesetengah minyak wangi hanya akan mengeluarkan bau sebenar dengan lebih jelas setengah jam atau beberapa minit selepas pemakaian. Jika anda mencuba minyak wangi dan sukakan baunya jangan terus beli! Ronda-ronda dahulu dan tunggu beberapa minit untuk memastikan anda dapat membuat keputusan yang baik. Lebih-lebih lagi jika anda bercadang untuk membeli minyak wangi yang mahal.

5. Elakkan memakai minyak wangi sebelum memilih

Jika anda memang bercadang membeli minyak wangi elakkan dari memakai minyak wangi dari rumah. Lebih-lebih lagi jika anda menyembur minyak wangi pada pergelangan tangan anda. Ini kerana campuran dua minyak wangi ini dikhuatiri akan menjejaskan bau sebenar dan komposisi minyak wangi yang ingin anda cuba.

6. Jangan gosok pergelangan tangan

Reaksi yang biasa orang lakukan apabila mencuba minyak wangi adalah dengan cara menggosok kedua pergelangan tangan. Jangan lakukannya kerana ia mungkin akan merosakkan komposisi molekul minyak wangi dan menjejaskan bau sebenar. Biarkan ia kering sendiri di tangan anda.

7. Diskaun tak masuk akal?

Ada sebab kenapa ia diberi diskaun terlalu banyak. Minyak wangi hanya tahan secara purata selama tiga tahun. Kadangkala ada minyak wangi yang dijual oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang sudah melebihi tempoh tersebut. Berhati-hati memilih minyak wangi agar anda tidak terbeli minyak wangi yang terlalu lama.

Related posts:

Share
This entry was posted in Personal. Bookmark the permalink.
You are not authorized to see this part
Please, insert a valid App ID, otherwise your plugin won't work correctly.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>