ALLAH tidak wujud?

Seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk memotong rambut dan janggutnya seperti biasa. Beliau mengadakan perbualan yang baik dengan tukang gunting rambut yang melayannya. Mereka berbincang tentang banyak perkara dan pelbagai subjek.
Pelanggan tersebut berhenti seketika untuk berfikir tetapi dia tidak mahu memberi jawapan demi mengelakkan perbalahan.
Setelah tukang gunting rambut menyelesaikan tugasnya, si pelanggan pun keluar dari kedai tersebut. Sebaik sahaja meninggalkan kedai gunting itu, dia terlihat seorang lelaki di jalanan yang berambut dan berjanggut panjang (seolah-olah sudah lama sejak dia bergunting dan kelihatan amat kotor). Kemudian pelanggan tadi masuk semula ke dalam kedai gunting dan memberitahu tukang gunting rambut:
“Tahu tak, tukang gunting rambut tidak wujud.”
“Bagaimana mungkin mereka tidak wujud?” tanya si tukang gunting. “Sekarang saya di sini dan saya seorang tukang gunting rambut.”
“Tidak!” bentak si pelangan. “Mereka tidak wujud kerana jika mereka memang benar-benar ada maka tidak akan ada orang dengan rambut panjang dan janggut seperti lelaki yang berjalan di jalan itu.”
“Ah, tukang gunting memang wujud, apa yang berlaku adalah mereka tidak datang kepada saya.”
“Tepat sekali!” ujar si pelanggan. “Itulah persoalannya. ALLAH sememangnya wujud, tapi apa yang berlaku adalah orang tidak pergi kepada-Nya dan tidak mencari-Nya, itulah sebabnya mengapa ada begitu banyak kesakitan dan penderitaan di dunia.

sumber: JomStadi

Related posts:

Share
This entry was posted in Agama. Bookmark the permalink.
You are not authorized to see this part
Please, insert a valid App ID, otherwise your plugin won't work correctly.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>