Front loading washing machine / Mesin basuh muatan depan ku bergetar kuat

Aku telah membeli sebuah mesin basuh muatan depan ( front loading washing machine). Untuk menjimatkan kos, aku pun self pickup.

Sampai kat rumah, beberapa masalah timbul…

1. Hose water inlets pendek

2. Hose air buangan pendek

3. Mesin basuh bergetar kuat

Jadi aku pun mula DIY sendiri. Aku ke kedai membeli hose untuk air masuk 3 meter…..fuh..panjangnye…..pastu hose untuk air keluar pun 3 meter….barang-barang camni merata je kat kedai hardware.

Aku pun try cuci baju….maklumlah…mesin basuh baru…. aku set cucian…letak sabun…downy… set temperature…dan on power kat dinding tu….terus mesin mula melakukan kerja nya….

Tengah dok cuci, aku terlupa baju keje aku belum bercuci…aku ambik baju dan nak tambah ke dalam mesin basuh front loading tu…..hurm…nampak gayanya xdpt. Rupanya front loading x sama seperti top loading aku yang satu lagi tu. Terpaksa la kumpul second cucian nanti….tapi logic gak la dier kunci mesin tu…kang tak pasal-pasal air melimpah lak kalau boleh buka…hihi

Satu masalah aku hadapi….time spin tu…mesin bergetar sampai bergerak macam hidup plak….puas aku try….letak getah la kat bawah kaki tu(sampai aku sanggup potong getah alas kaki kereta aku tu)….balance semua kakiĀ  mesin basuh tu la…guna balance tool lagi tu…haha. Semua usaha tidak berjaya….masih gak mesin basuh tu bergerak semasa spin…sampai lebih semeter bergerak….bunyi lagi la…bagai nak roboh rumah aku yang kiut nih…. :)

Aku dah panggil gak tukang baiki…kebetulan LG aku yang dh umur 5thn tu rosak…alang-alang suh mekanik tu tengok sekali mesin basuh yang satu ni…test punya test…jawapan mekanik tu aku suka. Ni saya bagi no telefon sparepart dealer mesin ni…u call terus la. Saya tidak pandai baiki. CEH….sakit hati punye jawapan…

Aku mula baca manual…rupanya ada proses time loading/unloading machine nih…jadi aku mula menggodek mesin basuh tu…tanggalkan bahagian-bahagian yang boleh buka untuk tengok masalahnya….JUMPA!!! Ada 2 buat bolt nat kat belakang tu…aku nyer bolt nat yang besar…tu kena unscrew….tu fungsinya untuk pegang drum agar x bergerak time loading/unloading mesin basuh tu. No wonder mesin basuh aku tu bergetar bagai nak rak…drum x dapat nak freeplay time spin…melekat pada badan mesin tu.

Sekarang ni smooth je mesin basuh aku spin…dah mampu untuk ditinggalkan begitu saja…xperlu risau mesin basuh bergerak lagi…malah boleh letak barang-barang kaca dah kat atas tu…. :)

Pic aku dah ambik…nanti upload…..

Related posts:

Share
This entry was posted in Personal. Bookmark the permalink.
You are not authorized to see this part
Please, insert a valid App ID, otherwise your plugin won't work correctly.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>