Periksa / servis kereta sebelum balik kampung beraya Aidilfitri 2013

Bulan lepas aku dh tukar termostat coolant kereta aku….tetibe je kete aku pandai overheat….cek punya cek rupanya termostat tidak berfungsi. Then aku tukar je la…RM90 je. Sekali flush coolant aku RM25.

Haaa…..lepas tu aku servis sekali la kereta aku….tukar minyak enjin (minyak hitam). Kali ini aku try plak Liqui Moly….made in Germany…huhu. Kalau x silap aku RM12x. Selalunya minyak enjin ni warna lutsinar keemasan. Yang Liqui Moly ni plak warna kekelabuan. Huhu…lain dari yang lain. Pastu free plak payung besar Liqui Moly….hahaha.

Dah tu, aku sok mekanik tu cek kenapa coolant aku selalu turun airnya…..ada kesan-kesan menitik kat atas housing gearbox aku. Mekanik tu cakap housing termostat kereta aku merekah (cracked). Hurm…dah la nak balik kampung raya 2013 ni…tinggal seminggu lagi. Aku terus memecut ke Nissan (Tan Chong Motors) nak order sparepart aku…..pergi kaunter sparepart, tanya “Tokey, ada jual termostat housing ka…for my Nissan Z11…engine 1.4 CR14DE.” Cepat je pomen tu klik2 kat sistem dier…ada….RM40. Tambah shipping charges RM11. Total RM51. Aku tersenyum lebar….ingatkan mahal tadi….nasib baik x melayang byk duit….huhu.

Sekarang ni tengah tunggu sparepart sampai, then boleh pickup ambik dan hantar g pomen luar pasangkan…sekali flush coolant radiator tu.

Brake disk aku dah skimmed awal….pad brake pun dah tukar awal haritu….pad brake RM140…made in Japan. Tapi jadi mahal pasang sebab aku skim disk aku sekali bagi rata(sebelum ni seperti beralun sket permukaan disk tu)…biar pad baru tu tahan lama dan mencengkam semasa brek.

Tayar aku cek bunga masih tebal lagi…waktu nak balik nanti baru pam kasi pressure ideal untuk jalan jauh….selalunya aku letak 28-29psi je…sebab jalan jauh…panas…kang meletup plak tayar tu kalau padat sangat….

So, dah setel semua tu baru la bersedia nak balik kampung…awal2 dah burn lagu raya dalam CD…hehehe.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013 / 1434H”

 

Related posts:

Share
This entry was posted in Isu Semasa, Kenderaan, Personal. Bookmark the permalink.
You are not authorized to see this part
Please, insert a valid App ID, otherwise your plugin won't work correctly.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>