Radiator Nissan Cube Z11 aku bocor…

Tak lama lagi nak raya….semua sibuk siapkan bajet untuk raya ni…..aku pulak ditimpa malang yang menjejaskan bajet….

Radiator ku bocor! Baru je nak servis kereta….radiator pulak buat hal. Aku tahu betapa penting komponen radiator ni terhadap enjin kereta. Aku perlu pastikan semua sistem enjin baik…cooling sistem lancar termasuk radiator ni….dan telah diservis.

Aku hantar kereta ke bengkel yang aku dah percaya….seorang mekanik yang dah lama aku kenal…seorang cina muslim. Aku suruh derang check dulu….5 minit je derang buat checking, jumpa dah punca….rupanya bocor kat bahagian plastik bawah radiator.

radiator nissan cube cubic bgz11

radiator nissan cube cubic bgz11

Yang bocor tu bahagian plastik hitam kat bawah tu. Kalau bocor plastik yang kat atas xpe…blh ganti tu je….tapi yang bawah ni kene tukar sekaligus.

Bahaya ni…aku terus terbayang kemungkinan yang terjadi jika tak baiki segera…engine aku bakal overheat…akan efek head gasket….kalau dah tahap tu, kene buat top overhaul….dekat rm2000 tu….

Aku pun suruh mekanik tu order…terus pasang hari yang sama…..nasib baik ada stok kat Kuching.

So, pembaca semua kene periksa awal kete…sebelum balik beraya ni….benda kecik boleh membawa kepada perkara yang lebih besar dan mahal….

Related posts:

Share
This entry was posted in Kenderaan and tagged . Bookmark the permalink.
You are not authorized to see this part
Please, insert a valid App ID, otherwise your plugin won't work correctly.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>