Tayar kereta berbunyi ketika naik bonggol dan langgar lubang

Tayar kereta berbunyi ketika naik bonggol dan langgar lubang

Aku hari tu nak cepat…jadi aku pecut ketika naik bonggol(bump) tu….ada bunyi kurang menyenangkan….jadi pendek kata hujung minggu tu free, aku bawak g bengkel check.

Aku pergi 2 bengkel. Satu bengkel kata masalah absorber. Satu bengkel lagi kata tie rod(batang besi kurus panjang kat tepi absorber tu).

Jadi aku google jap fungsi absorber dan tie rod tu…macam mana dia berfungsi…lastly, aku yakin kata-kata dua mekanik itu x masuk akal. Absorber aku masih responsive. Tie rod tu aku tengok dan pegang pusing2 masih elok….xde tanda2 rosak.

Aku check bahagian atas….belah dalam hood. Aku check sendiri semua sambungan yang berkemungkinan berdekatan kawasan absorber. Tq mekanik2 tu….time dia jack kete aku, time tu la aku perati part dalam2 yang susah nak tengok tu…hahaha

Aku jumpa dah. Mounting absorber aku dah kong. Ada koyak getah kat mounting tu…Memang patut pun…dah 6 tahun lebih kot kete tu xde masalah….jadi aku terus ke workshop order sparepart mounting absorber tu. Check sekali harga absorber RM450!!! Sebatang depan je! Xpe…tu next time. Aku terpaksa order dulu mounting absorber tu sebab kereta aku ni rare, jadi derang kata x simpan stok parts. Terpaksa tunggu 2 minggu baru sampai Malaysia. OK je la. Aku order dan tunggu 2 minggu lagi baru tukar….

Moral of the story…kita kan ada internet….jadi timbalah ilmu sebelum kena kelentong…. :)

Related posts:

Share
This entry was posted in Kenderaan, Personal. Bookmark the permalink.
You are not authorized to see this part
Please, insert a valid App ID, otherwise your plugin won't work correctly.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>