Kampung Budaya Sarawak @ Sarawak Cultural Village

Muzium hidup…pelbagai etnik masyarakat Sarawak hidup di sini. Lokasi wajib untuk dikunjung…terletak di kaki Gunung Santubong, gunung lagenda Sarawak. Kunjungan anda ke sini membolehkan anda menjelajah cara hidup, percakapan, makanan dan budaya masyarakat di Sarawak.
Di Kampung Budaya Sarawak ini juga terdapat persembahan kebudayaan pada pukul 1130am…jadi anda dinasihatkan untuk datang awal sekitar 9 pagi…tidaklah tergesa-gesa untuk mengejar masa.
Yuran kemasukan ke Kampung Budaya Sarawak adalah RM60 bagi dewasa manakala kanak-kanak RM30. Anak kecil bawah 6 tahun dikecualikan. Bagi warga emas, diskaun separuh harga diberikan.

Post berkaitan:

Lebuh India @ India Street Pedestrian Mall, Kuching
Pantai D'Cove Beach, Kuching, Sarawak, BORNEO