Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN)


Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru terletak di Petra Jaya, Sarawak. Bangunan ini terletak di tebing Sungai Sarawak. Sehingga kini tujuh kali berpindah tempat.

Dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 26 Julai 2009 . Perasmian ini merupakan satu sejarah kerana ia merupakan bangunan DUN pertama di negara ini yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan dihadiri kesemua 11 Sultan dan Ketua Negeri atau wakil masing-msing. Acara pertunjukan bunga api dan regatta serta perarakan bot berhias diadakan di Sungai Sarawak.

Bahagian bumbungnya mengambil konsep terendak iaitu sejenis topi daripada masyarakat Melanau Sarawak.

Seberang sungai bertentangan dengan DUN adalah kawasan segitiga emas meliputi Riverside Majestic, Tun Jugah Shopping Mall, Sarawak Plaza, Tebingan Kuching, Hilton Hotel, Ford Mergherita Hotel dan bermacam lagi…dihubungkan oleh penambang di seberang Sungai Sarawak..

Tempat menarik terdekat:

DUN lama, kilang kek lapis, Baruk(tempat makan ala teratak – hanya buka malam), Taman Orkid, Masja.

Post berkaitan:

Taman Sahabat @ Kuching...manifestasi hubungan Malaysia-China
Pasar Tamu DBKU @ Pasar Minggu, Kuching