KLIK GAMBAR DI ATAS (PAUTAN)

Klik pada gambar di atas untuk pautan…

 

Related posts:

Share
Posted in Personal | 1 Comment

Radiator Nissan Cube Z11 aku bocor…

Tak lama lagi nak raya….semua sibuk siapkan bajet untuk raya ni…..aku pulak ditimpa malang yang menjejaskan bajet….

Radiator ku bocor! Baru je nak servis kereta….radiator pulak buat hal. Aku tahu betapa penting komponen radiator ni terhadap enjin kereta. Aku perlu pastikan semua sistem enjin baik…cooling sistem lancar termasuk radiator ni….dan telah diservis.

Aku hantar kereta ke bengkel yang aku dah percaya….seorang mekanik yang dah lama aku kenal…seorang cina muslim. Aku suruh derang check dulu….5 minit je derang buat checking, jumpa dah punca….rupanya bocor kat bahagian plastik bawah radiator.

radiator nissan cube cubic bgz11

radiator nissan cube cubic bgz11

Yang bocor tu bahagian plastik hitam kat bawah tu. Kalau bocor plastik yang kat atas xpe…blh ganti tu je….tapi yang bawah ni kene tukar sekaligus.

Bahaya ni…aku terus terbayang kemungkinan yang terjadi jika tak baiki segera…engine aku bakal overheat…akan efek head gasket….kalau dah tahap tu, kene buat top overhaul….dekat rm2000 tu….

Aku pun suruh mekanik tu order…terus pasang hari yang sama…..nasib baik ada stok kat Kuching.

So, pembaca semua kene periksa awal kete…sebelum balik beraya ni….benda kecik boleh membawa kepada perkara yang lebih besar dan mahal….

Related posts:

Share
Posted in Kenderaan | Tagged | Leave a comment

Esok melancong ke Kuala Lumpur!!!

airasia

Hari banyak bende nak setel….transportation untuk esok ke Kuching International Airport….lepas tu nak arrange transport d KL nanti lagi….

Aku g KL nak g shopping sparepart kete je…hihihi. Jumpa d KL!!!!

Related posts:

Share
Posted in Personal | Leave a comment

Periksa / servis kereta sebelum balik kampung beraya Aidilfitri 2013

Bulan lepas aku dh tukar termostat coolant kereta aku….tetibe je kete aku pandai overheat….cek punya cek rupanya termostat tidak berfungsi. Then aku tukar je la…RM90 je. Sekali flush coolant aku RM25.

Haaa…..lepas tu aku servis sekali la kereta aku….tukar minyak enjin (minyak hitam). Kali ini aku try plak Liqui Moly….made in Germany…huhu. Kalau x silap aku RM12x. Selalunya minyak enjin ni warna lutsinar keemasan. Yang Liqui Moly ni plak warna kekelabuan. Huhu…lain dari yang lain. Pastu free plak payung besar Liqui Moly….hahaha.

Dah tu, aku sok mekanik tu cek kenapa coolant aku selalu turun airnya…..ada kesan-kesan menitik kat atas housing gearbox aku. Mekanik tu cakap housing termostat kereta aku merekah (cracked). Hurm…dah la nak balik kampung raya 2013 ni…tinggal seminggu lagi. Aku terus memecut ke Nissan (Tan Chong Motors) nak order sparepart aku…..pergi kaunter sparepart, tanya “Tokey, ada jual termostat housing ka…for my Nissan Z11…engine 1.4 CR14DE.” Cepat je pomen tu klik2 kat sistem dier…ada….RM40. Tambah shipping charges RM11. Total RM51. Aku tersenyum lebar….ingatkan mahal tadi….nasib baik x melayang byk duit….huhu.

Sekarang ni tengah tunggu sparepart sampai, then boleh pickup ambik dan hantar g pomen luar pasangkan…sekali flush coolant radiator tu.

Brake disk aku dah skimmed awal….pad brake pun dah tukar awal haritu….pad brake RM140…made in Japan. Tapi jadi mahal pasang sebab aku skim disk aku sekali bagi rata(sebelum ni seperti beralun sket permukaan disk tu)…biar pad baru tu tahan lama dan mencengkam semasa brek.

Tayar aku cek bunga masih tebal lagi…waktu nak balik nanti baru pam kasi pressure ideal untuk jalan jauh….selalunya aku letak 28-29psi je…sebab jalan jauh…panas…kang meletup plak tayar tu kalau padat sangat….

So, dah setel semua tu baru la bersedia nak balik kampung…awal2 dah burn lagu raya dalam CD…hehehe.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013 / 1434H”

 

Related posts:

Share
Posted in Isu Semasa, Kenderaan, Personal | Leave a comment

Al Quran terbesar di dunia

world’s-largest-quran-exhibited-in-tatarstan world’s-largest-quran-exhibited-in-tatarstan-2

Al-Quran terbesar di dunia . Saiznya – 1.5 m X 2 m dan 3 m X 2 m dan seberat 800 kg.Ia megandungi 120-kg frame cover yang di sadur dengan emas dan perak.

Al-Quran tersebut dipamerkan kepada orang ramai di Republic Of Tatarstan,Russia .

Al-Quran tersebut baru tiba dari Itali, negara terbaik dalam seni perhiasan emas.

Related posts:

Share
Posted in Agama | Leave a comment

KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM PERKHIDMATAN AWAM TERKINI 2013

11 Mac 2013

SST – SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN DIUMUM

Utusan Malaysia
Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN dan NAZMIL NASIRUDDIN
11/3/2013
PUTRAJAYA 11 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sistem saraan baru perkhidmatan awam yang dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (SST).
Pelaksanaan SST, kata beliau, adalah berdasarkan kepada perubahan-perubahan yang sedang dilaksanakan dan input daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Antara perubahan di bawah SST, kata Perdana Menteri ialah persetujuan kerajaan semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga kali berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Perdana Menteri berkata, hal yang demikian diputuskan kerana sebanyak 182,434 penjawat awam berada di paras gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati kenaikan gaji tahunan.
Kerajaan juga, kata Perdana Menteri, bersetuju memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai ini.
“Ini bermakna setiap penjawat awam mendapat antara RM80 dan RM320 yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion,” katanya ketika berucap sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MPPA XIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa; Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Farida Mohd. Ali; dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman serta menteri-menteri Kabinet.
MPPA XIII yang bertemakan ‘Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020′ dihadiri hampir 8,700 penjawat awam dari pelbagai sektor dan agensi.
Menurut Perdana Menteri, kerajaan juga bersetuju menyambung kontrak 50,000 pegawai kontrak yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember ini setahun lagi, sementara kajian menyeluruh dilaksanakan.
Selain itu, beliau turut mengumumkan seramai 166,541 kakitangan dalam gred gaji 1 hingga 10 akan dinaik taraf ke gred setaraf kelayakan masuk Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Menurut beliau, perubahan itu akan memberi manfaat dari segi laluan kerjaya dan peningkatan sewajarnya dalam gred gaji kumpulan berkenaan.
Perdana Menteri berkata, kenaikan pangkat kumpulan pelaksana pula akan dipendekkan berdasarkan tempoh perkhidmatan daripada 15 tahun kepada 13 tahun yang akan memberi manfaat kepada 17,000 penjawat yang layak.
“Kerajaan juga secara prinsip bersetuju meluaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi.
“Kesemuanya ini dalam menambah baik laluan kemajuan kerjaya penjawat awam dalam jangka masa panjang,” katanya.
Menurut Najib, sebanyak 81 skim perkhidmatan yang telah ditambah baik tetapi tidak dapat dilaksanakan sebelum ini akan dirunding semula iaitu bagi skim perkhidmatan bakat, juruteknik, pegawai atau penolong pegawai dan pembantu galian serta skim perkhidmatan Tukang K1 serta K2.
Dalam ucapannya itu, Perdana Menteri mahu penjawat awam menguasai teknologi agar mereka kekal relevan dengan peredaran semasa kerana kemahiran komunikasi baru perlu menjadi teras kepada tugas berhadapan dengan rakyat secara langsung.
“Kehidupan hari ini dipacu oleh kepantasan, ketepatan, ketelusan dan keluasan maklumat yang diterima.
“Justeru penjawat awam perlu bersifat proaktif melakukan penyebaran maklumat bersandarkan ketetapan tanpa melanggar peraturan agar sistem pentadbiran tidak dikompromi keabsahannya,” katanya.
Perdana Menteri turut mengingatkan penjawat awam supaya memelihara integriti bagi memastikan ketirisan wang atau maklumat yang menjejaskan keutuhan perkhidmatan awam tidak berlaku.
Katanya, setiap tindakan dan keputusan penjawat awam hari ini diperhatikan, diperhalusi, diperiksa dan dianalisis serta dikritik. – UTUSAN

Related posts:

Share
Posted in Isu Semasa | Leave a comment

10 punca enjin / engine tak boleh hidup / start

10 sebab enjin tak boleh hidup!

Dengan rasa tenang anda buka pintu kereta, masukkan kunci dalam kereta dan kemudian nak hidupkan enjin. Tapi enjin tak hidup-hidup jugak! Anda pun mula la panik lagi-lagi yang baru lagi pakai kereta tu. Jadi kenapa agaknye tak boleh start tu? Mari lihat antara sebab-sebab utama enjin tak boleh dihidupkan.
1. BATERI
Sebab utama adalah bateri. Memang biasanya bateri la punca tak boleh hidup. Samada bateri lemah atau dah habis terus. Bateri ade 2 jenis, Free maintenance dan bateri dengan air. Yang guna air ni kene la selalu periksa, biasa kalau servis setiap 5000km tu periksa airnya cukup ke tak. Bagi bateri yang dah berusia 2-3 tahun keatas kerap la sikit periksa airnya, biasanya jangka hayat bateri pun beberapa tahun je. Bagi yang free maintenance pulak periksa indicator kat atas bateri tu. Kalau ok warna dia hijau, kalau ade cincin hitam tu dah mula lemah, kalau hitam dah sampai masa nak tukar baru.
Jadi apa yang membuatkan bateri ni habis? Kadang-kadang lupa tutup lampu kereta, ataupun bateri tu jangka hayatnya dah tak lama, ataupun alternator yang sepatutnya mengecas bateri tu rosak.
Bateri yang dah padam habis sampai alarm tak menyala, ataupun panel meter tu lansung dah tak menyala tu dah tak boleh nak jump start dengan bateri lain. Ala… yang sambung wayar bateri lain ke bateri kereta yang tak boleh start tu panggil jump start la. Jadi penyelesaiannya? kene la bukak bateri kedua-dua kereta tu dan kemudian pasangkan bateri yang masih baik tu pada kereta yang dah habis bateri, hidupkan enjin dan kemudian tanpa memadamkan enjin tu tukar balik bateri ke kereta asal. Jangan risau. Enjin takkan mati kalau bateri dicabut. kalau enjin mati tu maknanya alternator rosak la tu! jadi lupekan la bateri tu dan pergi tukar alternator baru.
Untuk kereta manual? takyah tukar bateri. masuk gear 2, tekan clutch dan mintak la sape2 tolak, agak2 dah berjalan sikit tu lepas clutch dan enjin akan hidup. Jangan lupa pusingkan kunci ke ON dulu sebelum buat, kang sia-sia je.
Nak jump start pulak hati-hati. Kalau dah rasa bateri tu kong sangat, wayar positif tu memang kene letak pada kedua-dua terminal positif. wayar negatif pulak satu pada terminal negatif kereta dengan bateri yang elok tu satu lagi pada rangka kereta dengan bateri yang bermasalah tu. Biasa orang letak pada terminal je kan? Bahaya.. takut meletup bateri tu.
Satu lagi, kalau bukak bonet je tengok betul-betul ade bateri ke tak, entah-entah bateri dah hilang kene curi tak?
Kalau panel meter menyala tapi bila pusing kunci lampu makin malap ade ade bunyi “tik tik tik tik” tu pun menandakan bateri lemah.
2. Gear LEVER bukan pada P
Yang ni memang kelakar, punye la panik! Tapi bile sedar tengok gear tu kat D la, kat R la, kat 2 atau L. Memang la tak hidup!!! Untuk kereta jenis automatik, kene pastikan gear lever tu pada ‘P’ baru enjin tu boleh dihidupkan! Jangan buat silap ni lagi.
3. Minyak petrol tak sampai
Ni pun biasa berlaku, pusing kunci enjin boleh crank tapi crank sampai besok pun tak hidup jugak enjin tu. Mungkin minyak petrol anda habis dah, tapi kalau banyak lagi dan anda pasti, mungkin ada masalah pada pam petrol anda atau penapis petrol yang membuatkan minyak tak sampai. Kalau anda tahu kat mana fuel rail tu, buka fuel rail dan crank enjin, kalau minyak tak terpancut tu memang la bermasalah. Yang tak tau buat jangan buat-buat tau. Minta pertolongan pakar.
4. Steering lock!!
Lupa atau tak sedar steering tu kene lock? Sebab tu kunci tak boleh pusing, pusing sikit steering tu sambil pusingkan kunci, baru la boleh hidup enjin tu!
5. Spark plug bermasalah
Susah nak hidup tapi boleh crank, atau dah hidup tapi semput-semput. Mungkin masalah Spark plug yang kotor atau basah akibat leaking atau patah ke atau apa saja.
6. Ignition coil bermasalah
Lebih kurang je simptom macam spark plug rosak.
7. Starter bermasalah.
Sebelum starter rosak sepenuhnya ia pasti akan memberi amaran dulu. Contohnya bile nak crank rasa kosong je. Pernah tak anda terlupa yang enjin tengah hidup dan anda crank lagi sekali dan kemudian ada bunyi macam besi bergesel? Bunyi macam tu la yang akan terhasil bila starter dah mula haus. Sebelum tak boleh hidup lansung enjin anda, baik tukar.
8. Timing belt bermasalah.
Kalau boleh crank tapi bunyi pelik atau gegar enjin lain macam, hentikan berbuat demikian, dikhuatiri timing belt anda longgar atau putus sewaktu crank. Bunyi tu agak menakutkan macam ade besi tengah meloncat-loncat dalam enjin. Minta bantuan pakar untuk mengenalpasti masalah tersebut.
9. Aircond compressor jammed
Kalau kompressor aircond tersangkut atau jem, ia boleh menyekat enjin untuk hidup. Jadi kalau nak jalan jugak kene potong belting aircond dan power steering tu, Jadi takde aircond la. Sampai ke bengkel tukar kompressor dan belting baru.
10. ECU bermasalah.
ECU atau komputer atau otak kepada kereta anda bermasalah. Kadang-kadang kapasitor dalam tu pecah dan bocor lalu menghasilkan asid yang boleh mencairkan board ECU tu. kalau ECU tu yang rosak cepat-cepat hantar baiki, Kalau orang tu pandai dia boleh cuci balik board tu dan tukar kapasitor baru melainkan kalau dah lama jadi dan asid tu dah makan board tu. Tapi pada yang tak berapa pandai nak tukar kapasitor tu diorang suruh beli ECU baru je yang mahal!
Bonus!
Push start button/immobilizer user!
Untuk yang pakai push start button atau immobilizer tu, lupa nak letak kat immobilizer pada tempatnye kot. yang push start button user tu lupa tekan brek utk start enjin kot. Atau bateri dalam remote tu dah habis. Jadi masukkan remote tu dalam slot yg terletak dalam handrest atau bawah push start button tu dan kemudia start la macam biasa.
Kalau dah tekan brek, dah masukkan remote dalam slot masih tak start jugak, biasanya ada masalah pada sensor brek tu. Itu yang biasa terjadi.

Related posts:

Share
Posted in Kenderaan | Leave a comment

Bagaimana reset ECU kereta Nissan.. rpm rendah, engine bergegar / How to reset Nissan ECU… engine vibrate shaking low rpm idle Nissan 350Z, Titan, Navara, Cube Z11, March, Micra K12

Bagaimana hendak reset ECU dan segala terlibat dengan ECU anda termasuk throttle(air intake)

ECU Reset,Throttle & Accelerator Position Learning


It’s important to do the learning procedures periodically, as it basically recalibrates the electro-mechanical positioners, namely the throttle valve positioner and the accelerator pedal positioners. After some use, these things get a little out of whack, and get kinda lost. This can cause problems like loss of power and idle issues. This method restores the proper min/max position voltages that the ecu sees from them.

I, personally, have seen the best improvement in my engine by doing the full procedure, starting with the ecu reset, followed by the other procedures. In fact, after doing this, I got back some of my low end grunt I’d lost over the past months. I can actually catch a bit of rubber now, which I haven’t been able to do for a long time! It also cured a slightly erratic idle I was having.

Give it a try, but be patient….it may take a couple (or more) tries with your stopwatch to get it right…..timing is extremely important here! …xde stopwatch gune je kiraan sendiri…x pon bawak jam dinding rumah tu…letak kat passenger sebelah…wakakaka.

Note: Make sure engine is at operating temp and all electrical loads are turned off prior to doing the idle air volume learning. Don’t think it matters for an ecu reset.

Aku try kat Nissan Cube, seems to be less rattle… :)

ECU Resetting Procedures

Timing is extremely critical. If it is NOT DONE within the specify time, the ECU will not reset and the Check Engine Light (CEL) will continue to remain ON. A stop watch or an analog clock with a second’s needle will be useful.

Operations Procedures
1.      Confirm that accelerator pedal is fully released, turn ignition switch “ON” and wait 3 seconds.

2.      Repeat the following steps (2a and 2b) procedures quickly five times within 5 seconds.

a.      Fully depress the accelerator pedal (HARD).

b.      Fully release the accelerator pedal.

3.      Wait 7 seconds, fully depress the accelerator pedal and keep it for approx. 10 seconds until the CEL starts blinking.

4.      Fully release the accelerator pedal (while the CEL is still blinking)

5.      Wait about 10 second.

6.      Fully depress the accelerator pedal and keep it for more than 10 seconds.

7.      Fully release the accelerator pedal (The CEL light will continue to blink).

8.      Turn ignition switch to “OFF” position and now you can start the car. The CEL light should be gone.

9.      If the CEL light continues to remain ON, repeat the above steps. Timing is EXTREMELY critical to resetting the ECU.

Accelerator Pedal Release Position Learning

Operation Procedure
1.      Make sure that the accelerator pedal is fully released.

2.      Turn ignition switch “ON” and wait at least 2 seconds.

3.      Turn ignition switch “OFF” wait at least 10 seconds.

4.      Turn ignition switch “ON” and wait at least 2 seconds.

5.      Turn ignition switch “OFF” wait at least 10 seconds.

Throttle Valve Closed Position Learning

Operation Procedures

1.      Make sure that accelerator pedal is fully released.

2.      Turn ignition switch is “ON”.

3.      Turn ignition switch is “OFF” wait at least 10 seconds.

Make sure that the throttle valve moves during above 10 seconds by confirming the operating sound.

Idle Air Volume Learning (Throttle Position Learning)

Operation Procedures
1.      Perform “Accelerator Pedal Released Position Learning”.

2.      Perform “Throttle Valve Closed Position Learning”.

3.      Start engine and warm it up to normal operating temperature.

4.      Turn ignition switch “OFF” and wait at least 10 seconds.

5.      Conform that accelerator pedal is fully released, turn ignition switch “ON” and wait 3 seconds.

6.      Repeat the following (steps 7a, 7b) procedures quickly five times within 5 seconds.

7.      Two parts

a.      Fully depress the accelerator pedal (HARD)

b.      Fully release the accelerator pedal.

8.      Wait 7 seconds, fully depress the accelerator pedal and keep it for approx. 20 seconds until the Check Engine Light (CEL) stops blinking and turned ON.

9.      Fully release the accelerator pedal within 3 seconds after the CEL is ON.

10. Start engine and let it idle.

11. Wait 20 seconds.

12. Rev up the engine two or three times and make sure the idle speed and ignition timing are within the specifications.

SELAMAT MENCUBA DIY….x salah mencuba sebelum merujuk ke workshop…kadang2 derang ni main tenyeh je sukahati mak bapak derang…worth utk mencuba.

Related posts:

Share
Posted in Kenderaan | Leave a comment

Melancong dengan bajet rendah??? Homestay / guesthouse bajet di Kuching

Jom melancong ke Kuching, Sarawak. Melancong dengan bajet rendah… murah. Homestay / guesthouse ( rumah sewa ) murah dan berbaloi di Kuching. Jom melancong ke Kuching. Sewa kenderaan kereta murah… Jalan-jalan makan angin ke Kuching. Tempat menarik di Kuching… Tempat makan best di Kuching… Santubong… Jom layari www.kenyalang.net/suria

Related posts:

Share
Posted in Personal | Leave a comment

Jawatan Kosong Unimas, Kuching 19 Disember 2012 – 1 Januari 2013

JAWATAN KOSONG KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN KUMPULAN PELAKSANA

Universiti Malaysia Sarawak, mempelawa anda yang berkelayakan, dinamik dan berpandangan jauh untuk mengisi jawatan kosong Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana. Pemohon dipelawa untuk mengisi jawatan berikut secara tetap / kontrak.

1. Pegawai Perubatan UD43
2. Pegawai Penerbitan N41
3. Pustakawan S41
4. Pegawai Teknologi Maklumat F41
5. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
6. Penolong Pegawai Tadbir N27
7. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
8. Pembantu Juruaudit W17
9. Penyelia Asrama N17
10. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N17

Tarikh permohonan dibuka: 19 Disember 2012
Tarikh tutup permohonan : 1 Januari 2013

-rujukan: www.unimas.my

Related posts:

Share
Posted in Iklan, Jawatan Kosong | Leave a comment

Front loading washing machine / Mesin basuh muatan depan ku bergetar kuat

Aku telah membeli sebuah mesin basuh muatan depan ( front loading washing machine). Untuk menjimatkan kos, aku pun self pickup.

Sampai kat rumah, beberapa masalah timbul…

1. Hose water inlets pendek

2. Hose air buangan pendek

3. Mesin basuh bergetar kuat

Jadi aku pun mula DIY sendiri. Aku ke kedai membeli hose untuk air masuk 3 meter…..fuh..panjangnye…..pastu hose untuk air keluar pun 3 meter….barang-barang camni merata je kat kedai hardware.

Aku pun try cuci baju….maklumlah…mesin basuh baru…. aku set cucian…letak sabun…downy… set temperature…dan on power kat dinding tu….terus mesin mula melakukan kerja nya….

Tengah dok cuci, aku terlupa baju keje aku belum bercuci…aku ambik baju dan nak tambah ke dalam mesin basuh front loading tu…..hurm…nampak gayanya xdpt. Rupanya front loading x sama seperti top loading aku yang satu lagi tu. Terpaksa la kumpul second cucian nanti….tapi logic gak la dier kunci mesin tu…kang tak pasal-pasal air melimpah lak kalau boleh buka…hihi

Satu masalah aku hadapi….time spin tu…mesin bergetar sampai bergerak macam hidup plak….puas aku try….letak getah la kat bawah kaki tu(sampai aku sanggup potong getah alas kaki kereta aku tu)….balance semua kaki  mesin basuh tu la…guna balance tool lagi tu…haha. Semua usaha tidak berjaya….masih gak mesin basuh tu bergerak semasa spin…sampai lebih semeter bergerak….bunyi lagi la…bagai nak roboh rumah aku yang kiut nih…. :)

Aku dah panggil gak tukang baiki…kebetulan LG aku yang dh umur 5thn tu rosak…alang-alang suh mekanik tu tengok sekali mesin basuh yang satu ni…test punya test…jawapan mekanik tu aku suka. Ni saya bagi no telefon sparepart dealer mesin ni…u call terus la. Saya tidak pandai baiki. CEH….sakit hati punye jawapan…

Aku mula baca manual…rupanya ada proses time loading/unloading machine nih…jadi aku mula menggodek mesin basuh tu…tanggalkan bahagian-bahagian yang boleh buka untuk tengok masalahnya….JUMPA!!! Ada 2 buat bolt nat kat belakang tu…aku nyer bolt nat yang besar…tu kena unscrew….tu fungsinya untuk pegang drum agar x bergerak time loading/unloading mesin basuh tu. No wonder mesin basuh aku tu bergetar bagai nak rak…drum x dapat nak freeplay time spin…melekat pada badan mesin tu.

Sekarang ni smooth je mesin basuh aku spin…dah mampu untuk ditinggalkan begitu saja…xperlu risau mesin basuh bergerak lagi…malah boleh letak barang-barang kaca dah kat atas tu…. :)

Pic aku dah ambik…nanti upload…..

Related posts:

Share
Posted in Personal | Leave a comment